Urutan Saraf Batin - Membetulkan Persepsi Masyarakat

Urutan batin merupakan salah satu kaedah untuk merawat pelbagai penyakit seperti lemah syahwat, ejakulasi pramatang, mudah ngilu dan sebagainya. Namun demikian, urutan batin kini dianggap sebagai salah satu aktiviti tidak bermoral dalam masyarakat kita disebabkan kebanjiran individu-individu yang tidak berkelayakan dan hanya bermatlamatkan keuntungan dan nafsu sendiri dalam menawarkan urutan batin kepada pelanggan.

Ramai lelaki mengalami masalah batin pada masa kini (gambar hiasan)

Sebenarnya urutan tenaga batin tidak melibatkan sama sekali pengeluaran air mani. Malah menurut pakar urut tradisional, urutan batin tidak tertumpu pada zakar atau buah zakar semata – mata. Sebaliknya ianya urut melibatkan anggota badan yang lain yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit itu dan mencari urat di sekitar alat sulit pelanggan untuk dibetulkan. Antara bahagian badan lain yang terlibat termasuklah pinggang, labu atau belakang betis, tapak kaki, bawah buah zakar dan bawah pusat sehingga ke zakar. Bahkan urutan batin juga boleh membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak.

Teknik urutan juga bukan sembarangan. Urutan batin memerlukan pakar urut yang betul kerana ianya melibatkan urat pada badan kita. Urutan batin yang sebenar juga tidak melibatkan rasa ghairah atau rangsangan ke arah keinginan mencapai kepuasan seksual. Hal ini demikian kerana ketika diurut pelangan akan berasa sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain.

Kajian lain turut mendedahkan keadaan zakar menegang biasanya berlaku apabila darah mengalir lancar setelah urutan menggunakan teknik mengasak dilakukan pada buah zakar dan bahagian bawah zakar tetapi ia masih tidak menyebabkan pelanggan berasa ghairah.

Antara titik atau point urutan batin

Apakah Kebaikan Urutan Saraf Batin?

1. Satu Bentuk Riadah

Urutan batin merupakan bentuk latihan fizik. Menurut Dr Michael Cirigliano seorang pakar dari University of Pennsylvania School of Medicine, melakukan urutan batin mampu membakar kalori iaitu setara dengan melakukan jogging.

2. Melancarkan pernafasan

Dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel, membantu menjaga fungsi organ dan lapisan tisu hingga dapat berjalan dengan lancar. Selain itu urutan batin lelaki juga mampu memperbaiki pernafasan dan mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. (Oksigen dalam darah merah dapat membuatkan badan jadi sihat dan segar).

3. Menguatkan Tulang Dan Otot

“Segala bentuk latihan fizik akan membantu meningkatkan testosteron” kata Dr. Karen Donahey pengarah Sex and Marital Therapy Program di Universiti Chicago. Testosteron dipercaya dapat membantu menjaga tulang dan otot kaum lelaki agar tetap kuat.

4. Meredakan Sakit

Urutan batin dapat merendahkan kadar sakit urat, tegang di leher, sakit kepala, demikian menurut Dr. Beverly Whipple presiden American Association of Sex Educators, Counselors and Therapists.

5. Peningkatan Kadar Hormon DHEA Tanpa Perlu Makanan Tambahan

DHEA (dehydroepiandrosterone) adalah hormon popular yang dihasilkan oleh tubuh secara alami pada masa urutan batin. DHEA yang dihasilkan pada kadar tiga hingga lima lebih tinggi dari biasa. Ini adalah hormon yang menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit.

6. Merawat Penyakit

Urutan membantu membetulkan perjalanan darah dan seterusnya boleh merawat penyakit penyakit seperti lemah shawat (tenaga batin dan sebagainya).

Hubungi saya untuk temujanji jika anda mengalami masalah berkaitan batin.
Whatsapp : https://wa.me/60178417862  (Shamsul) 



Kredit: https://profhariz.com/

Comments

Popular Posts