Apa itu Morning Wood? Apa Kesannya Pada Batin Anda?



Morning Wood dalam bahasa mudah adalah keadaan di mana zakar mengeras ketika bangun daripada tidur. Dalam istilah perubatan ia disebut Nocturnal Penis Tumescence (NPT).

NPT bukan disebabkan oleh rasa ghairah atau mimpi yang mengghairahkan TETAPI disebabkan oleh fungsi normal sistem pembiakan lelaki.

Jika kekerapan anda mengalami morning wood/NPT rendah, menunjukkan anda mengalami masalah lemah syahwat. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada sistem aliran darah ke zakar dan saraf berkaitan mengalami masalah.

Ketidakseimbangan hormon testosteron dalam badan seperti kandungan horman yang rendah juga memberi impak pada kekerapan NPT anda. Selain itu, tidur yang tidak berkualiti juga memberi kesan pada morning wood anda.

NPT juga dipengaruhi oleh faktor umur di mana semakin berusia seseorang lelaki, semakin rendah paras hormon testosteron, maka gejala NPT juga akan timbul. Jadi ianya satu proses normal untuk lelaki berusia tetapi TIDAK NORMAL untuk yang lebih muda.

NPT berlaku beberapa kali sepanjang 8 jam dalam masa tidur kita. Kekerapan ni akan berkurangan pada usia 40 tahun ke atas dan seterusnya.

Jika anda tidak mengalami morning wood atau kekerapan yang kurang, sila ambil PERHATIAN.Lebih² lagi jika anda berusia bawah daripada 40 TAHUN.

Comments

  1. Apakah yang akan berlaku jika tidak mengalami morning wood atau kekerapan yang kurang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts