Pinggang atau Punggung Anda Sakit? Baca ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Boleh dikatakan setiap minggu lebih kurang 7/10 daripada pelanggan yang datang ke Pusat Rawatan As-Sham mengadu sakit pada bahagian pinggul hingga ke peha. Dengan pelbagai latar belakang pekerjaan, penyakit tersebut kini kian sinonim dalam masyarakat kita. Alhamdulullah, melalui Terapi Qun yang dipraktikkan ke atas pesakit, masalah sakit yang dialami oleh pesakit-pesakit dapat dikurangkan dan membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti biasa.

Pernahkah anda mengalami rasa sakit bukan sahaja di bahagian pinggang, malah sakit itu bagaikan menjalar ke bahagian punggung, paha, betis hingga ke tapak kaki. 

Rasa sakit yang dialami itu boleh membataskan pergerakan tubuh badan yang dahulunya cergas. Tambahan pula, ia juga boleh membebankan lagi keadaan pesakit jika tidak ditangani dengan betul.
Mungkin anda mengalami sesuatu yang dipanggil SCIATICA.


Sciatica adalah sakit saraf yang berlaku disebabkan iritasi pada saraf sciatic. Saraf sciatic (sciatic nerve) ialah saraf yang paling besar dalam badan manusia.

Jika anda berdepan dengan sciatica, ia boleh dianggap seperti tiada jalan keluar daripada sakit yang mengerikan. 

Sakit itu mungkin rasa seperti kekejangan otot atau renjatan elektrik di bahagian belakang kaki. 
Ia juga boleh rasa seperti kepanasan atau dicucuk dengan jarum yang tidak akan hilang. 
Anda mungkin juga akan mengalami kekebasan dan kelemahan otot pada seluruh kaki. 

Sciatica boleh berlaku secara tiba-tiba atau ia boleh berlaku secara beransur-ansur.

Apa punca berlakunya sciatica?
Antara punca sciatica termasuk:

Slipped disc: punca paling utama sciatica yang menyebabkan urat saraf tertekan.
Piriformis syndrome: berlaku apabila otot kecil piriformis yang terletak dalam di punggung kejang dan tegang, membuatkan tekanan dan iritasi pada saraf sciatic.
Spinal stenosis: berlaku disebabkan lubang terusan tunjang mengecil yang meletakkan tekanan pada saraf-saraf.
Spondylolisthesis: berlaku apabila satu tulang belakang teralih, menyebabkan ia tidak sebaris dengan tulang yang berada diatasnya, mengecilkan ruang di mana saraf sciatic keluar.
Slipped disc

Piriformis

Stenosis

Apa faktor risiko untuk seseorang mengalami sciatica?

Faktor risiko termasuk:
  • Perubahan pada tulang belakang yang disebabkan faktor umur
  • Duduk pada jangka masa yang lama
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Diabetes
  • Kerja yang memerlukan seseorang  untuk mengangkat barang yang berat, memandu untuk jangka masa yang lama, dan sebagainya.

Apa gejala-gejala sciatica? Bagaimana sciatica dikenalpasti?

Antara gejala-gejala sciatica termasuk:
  • Sakit belakang/pinggang
  • Sakit pada bahagian belakang atau kaki yang menjadi lebih teruk apabila duduk lama.
  • Sakit pinggul
  • Rasa kepanasan atau semut-semut pada bahagian kaki
  • Lemah, kebas atau sukar untuk menggerakkan kaki
  • Sakit yang berlarutan di satu tempat di bahagian belakang  


Kredit : https://physiocare.com.my/english-1/f/apa-itu-sciatica

Comments

  1. Boleh saya tahu rawatan bagi pesakit yang mengalami scatica ni...?

    ReplyDelete
  2. Selain daripada urutan... adakah apa² ubat yang boleh di ambil... seingat saya ini adalah kali ke 3 suami mengalami scatica... dia sembuh dengan berurut tapi memakan masa dua tiga hari hingga seminggu... kali pertama 6 tahun lepas, 2 tahun lepas dan terkini 2020..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts