Kenapa Kita Perlu Berurut?




Urutan adalah cara yang paling baik untuk melegakan sakit tengkuk dan bahu. Seeloknya kita perlu berurut apabila terasa lenguh dan jangan tunggu sehingga sakit. Kerana ini akan menyebabkan sindrom bahu beku atau frozen shoulder. 

Sindrom yang membabitkan tengkuk dan bahu ini mampu merebak ke dada bagi lelaki dan melarat ke urat belikat dan pinggang. Sakit ini akan berulang walaupun selepas menjalani terapi atau pembedahan. Dengan urutan yang betul, inshaa Allah kesakitan dapat dikurangkan dan dipulihkan.

Kajian Berkaitan Urutan.

Kajian dibuat terhadap pelajar perubatan di Universiti Perubatan dan Perubatan Gigi New Jersey yang menerima terapi urutan sebelum memulakan pemeriksaan didapati bahawa terdapat penurunan yang signifikan pada tahap kecemasan dan kadar pernafasan, serta peningkatan yang signifikan dalam sel darah putih dan memberi manfaat kepada sistem imunisasi tubuh. Keputusan awal juga menunjukkan pesakit kanser kurang rasa sakit setelah menerima terapi urutan di Rumah Sakit Kanser James dan Institut Penyelidikan di Columbus, Ohio.

Kelebihan Urutan.
  • Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.
  • Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.
  • Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan
  • Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh
  • Mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
  • Mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
  • Meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
  • Mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
  • Memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi
  • Mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
  • Meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
  • Memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
  • Mengurangkan bengkak dan kejang
  • Merehatkan dan menghilangkan keletihan
  • Membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
  • Mengurangkan migrain

Kredit : http://terapi-albayt.blogspot.com/

Comments

Popular Posts